Seperti orang lain saya juga mempunyai IMPIAN untuk bebas dari kekangan kewangan dan masa. Sejauh manakah kita telah berjaya mencapai IMPIAN kita? Adakah kini kita telah bebas, atau masih menjadi ‘pekerja’? Adakah anda merasakan anda kini HEBAT atau ada kekecewaan di jiwa anda? Jika kecewa anda mesti berubah dan mencari kehebatan diri anda. Jika anda masih mencari-cari wadah untuk berjuang mencari KEHEBATAN anda, saya sarankan anda berhenti mencari kerana di VeMMA anda akan dibekalkan dengan produk hebat yang dihasilkan oleh sebuah syarikat yang begitu mantap dan berpengalaman. Pelan busines terbaik telah menghasilkan ramai jutawan di USA, malah di Malaysia kejayaan Nursalehin, Siti fadzilah dan Razrul menjadi tiga jutawan terawal ASIA. Apa yang diperlukan adalah keyakinan diri serta kekuatan ‘WHY’ serta IMPIAN untuk melakukan perubahan. Sudah hampir 20 tahun saya berkecimpung dalam dunia Minyak dan Gas tetapi saya masih mencari-cari kebebasan untuk mengatur masa dan kewangan saya. Dengan hanya tinggal kurang dari 7 tahun sebelum saya mencecah umur 50 tahun, saya berjanji yang saya perlu berubah kerana jika saya gagal melakukannya maka saya mungkin gagal memberikan yang terbaik untuk 10 ahli keluarga saya. Saya yakin kini hanya VeMMA yang dapat mengubah kehidupan saya. Saya tidak berkata yang semuanya akan menjadi mudah dengan VeMMA kerana saya juga pasti bahawa untuk berjaya hanya dengan pengorbanan, azam dan komitmen yang kuat saja yang akan dapat melebarkan peluang kejayaan saya di VeMMA. Di sini saya menyarankan agar saudara2-saudari2 pengunjung blog ini juga akan dapat melihat dan merasai apa yang saya maksudkan ini dan bertekad untuk sama-sama berjaya di VeMMA. Kejayaan tidak akan manis jika bersendirian.

Pembunuh Kejayaan!

Di dalam diri setiap orang, pasti akan ada keinginan untuk berjaya seperti orang lain dan kita seringkali samada secara sedar atau tidak mencemburi kejayaan mereka. Rasa cemburu itu seringkali menyebabkan kita sering bertanya dalam diri bagaimana mereka melakukannya. Kenapa mereka boleh berjaya dan kita masih tidak berganjak dari kedudukan kita sekarang. Lebih menyakitkan jika mereka yang berjaya itu tidak sepintar mana pun malah ramai di antara mereka tidak mempunyai kelulusan yang tinggi. Rasa tercabar terus meluap-luap di dalam diri namum keegoan kita cuba sedaya upaya mengenepikan keinginan untuk bertanya dengan mereka. Kita angkuh! Itu adalah pembunuh kejayaan yang PERTAMA!

Pembunuh kejayaan KEDUA yang sering bertindak secara senyap-senyap tanpa kita sedari adalah ZON SELESA! Ramai di antara kita tidak sedar kita diselubungi zon selesa ini. Lantaran terlalu asyik dan nyenyak berada di zon ini kita jarang atau tidak langsung menoleh atau memberi perhatian kepada mana-mana peluang yang terpanpang di hadapan kita. Kita mengambil remeh kesemua peluang tersebut. Kita sering mendengar ungkapan-ungkapan berikut; 

"Kau buat dulu, nanti dah berjaya atau menjadi aku ikut"

"Aku dah financially okey le ni, malas la nak jumpa-jumpa orang macam tu"

"Keje aku le nie enough untuk tanggung keluarga aku"

"Aku bukan sales person type of guy/gal, aku x pandai cari orang"

"Maafla bro/kak, suami I x bagi I keje macam nie"...

Malah beribu lagi alasan yang akan dan mungkin kita akan dengar, malah ramai di antara kita dan mungkin kita sendiri sekadar memberi isyarat tangan yang memberi maksud "TAK NAK"! Kenapa kita begitu? Tidak ada lain hanya kerana kita berada dalam zon selamat!

Kita mungkin bertindak sebaiknya jika kita tidak berada di dalam zon ini.

Pembunuh seterusnya adalah ketakutan untuk bermula lantaran cerita kegagalan orang lain! Kita seorang yang berhati-hati dan sering membuat analisa untuk setiap langkah yang bakal kita ambil. Suatu sikap yang bagus namum boleh berkesudahan dengan tidak melakukan apa-apa disebabkan kita begitu fobia untuk mengambil sebarang tindakan baru. Memburukkan lagi keadaan jika kita sering mengambil tindakan negatif kerana melihat kegagalan orang lain lantas terus menyamakan kegagalan mereka dengan bakal kegagalan kita. 

Kita tidak memberi ruang kepada MLM kerana cerita-cerita kegagalan di internet dan teman-teman walaupun kita sedar yang teman-teman kita tu kesemuanya langsung tidak memberi perhatian dengan apa yang mereka lakukan. Masa yang sepatutnya digunakan bersama team pembakar semangat sering digunakan untuk melepak dengan kita!

Kita takut dengan FOREX kerana cerita-cerita middle TRADER yang melarikan duit orang ramai.

Kita takut untuk berniaga kerana cerita-cerita rakan yang rugi dalam perniagaan mereka.

Lantaran dari perasaan takut GAGAL yang menebal menjadikan kita TIDAK MELAKUKAN APA-APA dan lebih buruk kita takut GAGAL lantaran kegagalan orang lain yang tidak ada kena mengena dengan kita.

Pembunuh yang mada ulung adalah diri kita sendiri. Percaya atau tidak kegagalan atau kejayaan kita adalah keputusan kita. Kita mungkin sering mendengar ungkapan "IF YOU SAY U CAN DO IT, THEN   YOU CAN AND IF YOU SAY YOU CANNOT DO IT, THEN YOU DON'T; EITHER WAY YOU ARE RIGHT". 

Kita ingin berfikiran negatif - hak kita
Kita ingin bersama mereka-mereka yang gagal - hak kita
Kita malas mengetahui cara orang lain berjaya - hak kita

BEGITU JUGA SEBALIKNYA. ORANG LAIN HANYA SEKADAR MAMPU MEMBERI PERANGSANG DAN MUNGKIN MENAWARKAN PELUANG, KESEMUA KEPUTUSAN ADALAH DI TANGAN KITA. LANTARAN HAK INILAH DUNIA INI BERCAMPUR-CAMPUR DENGAN MEREKA-MEREKA YANG BERJAYA DAN SEBALIKNYA.

Saya terkenang balasan seorang teman yang berbunyi "Kalau semua orang berjaya, habis nak jual apa?" sebagai balasan kepada ungkapan seorang leader yang menyatakan di Vemma tidak ada yang gagal cuma yang putus asa. Saya menahan diri dari memberi ulasan baru bilamana teringat faktor-faktor kegagalan yang saya nyatakan di atas. Adakah perlu kita terus memberi pandangan terhadap suatu pandangan negatif? Saya rasa lagi lama kita bergelumang dengan suasana negatif tidak lain hanya akan menyebabkan kita terjerumus di dalam kenegatifan tersebut jadi biarkan sahaja. 

Saya berharap saya dan teman-teman dapat belajar dari keempat-empat Pembunuh Kejayaan di atas dan cuba untuk menjauhkan diri dari perasaan tersebut dari menghantui kita. Setelah bersama Vemma saya merasakan kunjungan 'Sales Person' telah menjadi suatu peluang berbanding dengan dulu kita menganggap mereka sebagai pengacau atau penyebuk!

Salam Vemma untuk semua!
Sayed A Sani



2 comments:

mai said...

Assalamualaikum, saya suka tulisan di atas. Saya akui saya takut join MLM sebab halangan ahli keluarga terdekat. Katanya jadi dealer MLM boleh kaya ke? Boleh beli kereta idaman ke? Boleh beli rumah ke? Saya join Vemma ini sebab saya lawan sikap negative dia (sebenarnya suami saya). Saya dah forecast Vemma boleh bantu saya achive financial freedom. Tapi saya kena jalan sendiri lah tanpa pengetahuan suami saya...sebab saya tak suka negative thinking yang ada dalam diri dia. Saya perlu bantu diri saya sendiri untuk berjaya dan juga bantuan serta bimbingan team vemma. Here I am at Vemma now sebagai DL aje.

Sayed Sani said...

Madam,

U dah bergerak pantas sehingga ke tahap DL, Tahniah. Saya rasa madam akan dapat menyakinkan suami madam secepat mungkin.

Tahniah kerana bersama Vemma dan telah melangkah begitu baik. Saya certainly akan contohi anda.

Post a Comment