Seperti orang lain saya juga mempunyai IMPIAN untuk bebas dari kekangan kewangan dan masa. Sejauh manakah kita telah berjaya mencapai IMPIAN kita? Adakah kini kita telah bebas, atau masih menjadi ‘pekerja’? Adakah anda merasakan anda kini HEBAT atau ada kekecewaan di jiwa anda? Jika kecewa anda mesti berubah dan mencari kehebatan diri anda. Jika anda masih mencari-cari wadah untuk berjuang mencari KEHEBATAN anda, saya sarankan anda berhenti mencari kerana di VeMMA anda akan dibekalkan dengan produk hebat yang dihasilkan oleh sebuah syarikat yang begitu mantap dan berpengalaman. Pelan busines terbaik telah menghasilkan ramai jutawan di USA, malah di Malaysia kejayaan Nursalehin, Siti fadzilah dan Razrul menjadi tiga jutawan terawal ASIA. Apa yang diperlukan adalah keyakinan diri serta kekuatan ‘WHY’ serta IMPIAN untuk melakukan perubahan. Sudah hampir 20 tahun saya berkecimpung dalam dunia Minyak dan Gas tetapi saya masih mencari-cari kebebasan untuk mengatur masa dan kewangan saya. Dengan hanya tinggal kurang dari 7 tahun sebelum saya mencecah umur 50 tahun, saya berjanji yang saya perlu berubah kerana jika saya gagal melakukannya maka saya mungkin gagal memberikan yang terbaik untuk 10 ahli keluarga saya. Saya yakin kini hanya VeMMA yang dapat mengubah kehidupan saya. Saya tidak berkata yang semuanya akan menjadi mudah dengan VeMMA kerana saya juga pasti bahawa untuk berjaya hanya dengan pengorbanan, azam dan komitmen yang kuat saja yang akan dapat melebarkan peluang kejayaan saya di VeMMA. Di sini saya menyarankan agar saudara2-saudari2 pengunjung blog ini juga akan dapat melihat dan merasai apa yang saya maksudkan ini dan bertekad untuk sama-sama berjaya di VeMMA. Kejayaan tidak akan manis jika bersendirian.

Tips Untuk PM - Maklumat dan Strategi Membina Rangkaian (Network)

Kepada semua PM terutama kepada mereka-mereka yang baru, dalam keghairahan kita membina rangkaian (network) di Vemma sila kenali dan pastikan beberapa maklumat-maklumat asas yang penting seperti dibawah;


  • Simpan rekod pendaftaran Vemma.com anda (Username dan Password). Jangan sekali-kali lupa rekod ini, sebaik-baiknya tulis data ini ditempat selamat.
  • Update rekod akaun bank anda di Vemma Asia webpage. Ini penting kerana apa-apa pembayaran akan dilakukan melalui akaun ini.
  • Kenali Upline anda. Sebaik-baiknya kenali Bonda dan Nenda anda. Jika keduanya telah dalam keadaan sudah 'meninggal' maka kenali Bonda dan Nenda mereka. Jika anda dalam rangkaian UV Team Group maka secara minima kenalilah samada Madam Hasmi, Cik Rasyihah, Madam Fazira, Madam Roslina atau Madam Azreen.
  • Berdaftar sebagai FB user jika anda belum lagi menjadi FB user dan bilamana sudah menjadi FB user pastikan sekurang-kurangnya, anda 'add friend' upline anda. Saya sarankan anda 'add friend' Bonda dan Nenda anda serta beberapa mentor yang anda percayai. Tidak perlu 'add friend' kesemua Vemma members, ini kerana anda boleh berhubung dengan mereka melaui group khas yang leader anda bina di FB. Sebagai contoh gunakan Group UV Team di FB jika anda adalah dalam rangkaian ini. Be smart di sini.
  • Pastikan 'Add friend' kesemua PM yang anda enrolled! Ini penting bagi memastikan anda dapat berhubung dengan baik dengan semua mereka. Ini kerana sebarang maklumat penting mungkin hanya ditujukan kepada anda dan anda bertanggungjawab untuk menyalurkan maklumat tersebut ke downline anda. 
  • Kenalipasti program-program rangkaian anda. Jika anda punya Group FB pastikan anda menjadi member Group tersebut. Meskipun anda mungkin super networker, tapi tanpa mengenali rakan-rakan networker yang lain di Group anda, anda mungkin ketinggalan dari sebarang maklumat-maklumat terkini. Ini amatlah penting untuk PM-PM baru sebagai tempat mendapat maklumat baru serta 'recharge' semangat yang ada melalui aura rakan dan leader-leader dalam rangkaian anda. Dari situ anda tidak akan terasa disisihkan atau ditinggalkan.
  • Biasakan diri anda dengan akaun vemma.com anda. Pastikan anda masuk dan lihat satu persatu infomasi didalam akaun anda tersebut. Fahami kesemua maklumat tersebut. Pastikan anda letakkan gambar anda yang hensem atau cun di laman tersebut kerana downline dan PE anda ingin diyakini oleh anda yang hebat di situ. Ini perlu berlaku pada hari pertama anda join!!!

Setelah maklumat-maklumat asas di atas anda perolehi dan fahami kita juga perlu faham beberapa maklumat dalam membina rangkaian seperti dibawah;


Saya faham, bilasaja kita berjaya mendaftar lantaran aura keyakinan untuk bermula begitu membuak-buak kita sering lupa terhadap beberapa perkara asas dalam membina rangkaian seperti;
  • Kenali Asas Binary System Vemma. Tahu kedudukan anda dan tahu kedudukan rangkaian anda. Di Vemma anda hanya punya 2 rangkaian ('Leg'), Satu di Kanan dan Satu di Kiri.
  • Kenali 'Power Leg' anda. Ianya mungkin kaki kiri atau kaki kanan. Untuk mengenali mana satu 'Power Leg' anda, anda boleh gunakan formula 'y' terbalik atau mirror image 'y' terbalik. Pada 'y' terbalik atau mirror image 'y' terbalik tadi tandakan Upline anda pada hujung atas 'y' terbalik tersebut, anda pada titik temu kaki 'y' tersebut dan downline anda pada hujung bawah 'y' tersebut. Pastikan Upline, Anda dan Downline anda adalah dalam satu garisan. Kemudian pergi ke akaun vemma.com anda, tengok Genealogy anda menggunakan diagram (bukan list type). Jika Upline anda adalah PM lama maka dia pastinya sudah ada downline selain dari anda. Lihat kedudukan downline tersebut (biasanya dengan warna hitam dan anda tidak boleh click diatas nama tersebut) selari dengan kedudukan anda atas satu line yang sama antara Upline  dan downline maka itu adalah 'Power leg' anda. Gunakan mirror image 'y' terbalik jika kedudukan diatas tidak berlaku. Dengan definasi lain 'Power Leg' adalah satu kaki rangkaian dimana Upline anda meletakkan sebahagian dari rangkaian beliau dibawah anda atau dikenali sebagai 'Spill Over' di Vemma. 
  • Kenali 'Profit Leg' anda. Jika menggunakan formula 'y' terbalik atau mirror image 'y' terbalik, 'Profit Leg' adalah kaki pendek 'y' terbalik yang tidak selari dengan upline anda. Kaki ini akan sentiasa kosong jika anda tidak melakukan enrolment anda sendiri. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk membina rangkaian ini. Rangkaian ini seringkali menjadi penentu kepada kejayaan satu-satu leader. Kita seringkali mendengar kenapa sesetengah leader gagal untuk naik ranking walaupun sudah lama memjadi PM. Diantara penyebabnya adalah kelemahan 'Profit Leg'.
  • Strategy Membina Rangkaian. Strategi ini sangatlah penting setelah anda mengenali kaki-kaki anda di atas. Bilamana bermula pastikan, pastikan, pastikan anda membina 'Power Leg' anda terlebih dahulu. Dengan ertikata lain hidupkan 'Power leg' anda terlebih dahulu. Jadi ahli yang pertama mestilah anda letakkan di kaki ini. Jika ketika anda mendapat PM baru anda sudah mempunyai 'Power Leg' yang sudah bersaiz kaki gajah maka anda perlu berhati-hati. Jika PM baru anda adalah Diamond Pek, maka anda seharusnya lebih pintar disini kerana secara logik anda akan mengemukkan lagi kaki gajah anda jika anda meletakkan beliau di 'Power Leg' anda. Untuk itu saya sarankan anda meletakkan PM baru anda di 'Profit Leg' tetapi pada masa yang sama dapatkan satu PM baru dengan 'single pack' dan letakkan di 'Power Leg' anda. PM 'single pack' ini boleh jadi orang terdekat dengan anda jika terlalu sukar mendapatkan satu lagi PM baru. Kesemua ini tidak perlu jika anda boleh enrol 2 PM baru sebelum hari Jummat. Jangan sekali-kali meletakkan mana-mana PM baru di 'Profit Leg' tanpa menghidupkan 'Power Leg', ini kerana anda mungkin berdepan dengan risiko kehilangan kesemua CV di 'Profit Leg' bila 'flushing' berlaku pada hari Jummat setiap minggu. Kadang-kadang bila melihat 'Power Leg' yang besar, kita terpengaruh untuk meletakkan PM baru di 'Profit Leg' kerana menyangka ianya akan memberi kelebihan untuk pembayaran cycle bonus. Ingat!!! Cycle Bonus Payment tidak akan dikira jika salah satu kaki masih tiada sekurang-kurangnya satu enrolment sendiri.
  • Strategi Mengawal Pendaftaran Automatik. Setelah anda mengenalpasti 'Power Leg', 'Profit Leg' dan Saiz Power Leg anda sudah tentu mula menunjukkan minat untuk memburu rank di Vemma. Saiz kaki gajah 'Power Leg' anda sudah pasti boleh membantu bilamana anda sudah mempunyai PM yang anda enrol sendiri di 'Power' dan 'Profit Leg' anda. Bila 'Power Leg' anda sudah terlalu besar dan anda mahu pastikan 'Profit Leg' anda turut membina saiznya. Selain menggunakan pendaftaran langsung manual ke 'Profit Leg' di Vemma.com anda boleh juga memasukkan 'auto registration' di Vemma.com dan Vemmabuilder. Jika di Vemma.com, pergi ke 'My Account' dan pastikan anda setkan 'Placement Strategy' mengikut kehendak anda. Setkan 'Profit Leg' jika 'Power Leg' sudah besar. Cara yang sama boleh dilakukan di Vemmabuilder. 'Placement Strategy' ini hendaklah sentiasa di pantau supaya sentiasa bersesuaian dengan saiz 'Power' dan 'Profit' Leg anda. Jangan sesekali tinggalkan setting ini begitu sahaja kerana jika anda sentiasa enrol Diamond Pack PM maka akan berlaku CV anda berat sebelah dan anda kehilangan peluang untuk mendapatkan pembayaran Cycle Bonus. 
  • Rank Advancement Strategy. Bersesuaian dengan saiz 'Profit' dan 'Power Leg' anda pastikan bila anda enrol bersesuain dengan peluang rank advancement. Rank advancement berlaku setiap bulan. Jadi berlandaskan saiz 'legs' anda, anda perlu berhati-hati melakukan enrolment di setiap minggu bagi memastikan anda mendapat Cycle yang maksima dari enrolment tersebut. Pengiraan 180/360 atau 360/180 kadang-kadang boleh mengubah Cycle anda, jadi sentiasa berbincang dengan Upline anda atau 'Technical Expert' dari office bagi memastikan anda dapat Cycle yang maksima. Contohnya; Enrol 8 Diamond pack dalam seminggu atau enrol 2 di setiap minggu boleh memberikan kesan Cycle yang berbeza lantaran teknik pengiraan di atas jika 'Power Leg' mempunyai jumlah yang hampir sama dengan 8 x 1080. 4 dan 6 cycles boleh memberi keputusan rank dan pulangan yang berbeza jadi kawal strategi.
Sekian untuk kali ini, jika terdapat sebarang kesilapan atau mahukan lebih penerangan anda boleh berikan komen dan kita sama-sama betulkan.

Sekian 

Sayed A. Sani
SemetaHealth




3 comments:

mai said...

Salam, saya PM 3 hingga 4 minggu dalam Vemma. Saya pilih Vemma sebab saya yakin boleh berjaya blm biz Vemma ni. Ada beberapa perkara yang saya dapati jelek dalam soal hubungan PM dan UPLINE. Begini, mula mula sebelum join bukan main manis lagi bahasa, katanya own business, santailah, do at your own free time lah, kita bagi training lah, ada spill over lah, kita bantu lah, TEAM yang hebat lah, sistem on line lah, tak perlu jumpa siapa lah. Bila dah upgrade, bukan main lagi pushing macam tak sabar sabar lagi nak naik ranking. Saya tahu upline saya ni adalah upline dari immediate upline. Immediate upline saya tak dengar suara pun. Sibuk sangat mungkin sampai kerja dia upline dia yang buat. Panggilan kakak serta upapan salam dah hilang. Bila dapat sms di awal mesej ialah "Hi!..." salam pun tak ada! Saya bukan anak kecil untuk di desak desak, di paksa paksa, di suruh suruh kumpul prospek. Suami saya tak suka MLM dan tak suka saya pergi rumah rumah orang kempen MLM. Harap UPLINE UPLINE di atas tu take note. Biz Vemma ni milik personal so do not be too pushy.

Sayed Sani said...

Salam Mai,

Thanks for the comment. Saya seperti juga anda adalah dari kalangan mereka-mereka yang baru dalam Vemma nie. Semuanya bergantung kepada kita, bagaimana perlu kita melakar perniagaan vemma ini. Kalau saraanan di atas datang dari mereka yang saya kenal maka percayalah ianya ikhlas demi untuk memajukan perniagaan ini. Jika kita terasa tertekan oleh saranan tersebut maka saya nasihatkan tidak perlulah kita bersusah payah untuk melakukannya. Terhadap perubahan dalam perhubungan saya rasa Mai boleh memperbetulkannya. Tidak susah hanya perlu memberi salam kembali dan saya pasti mereka akan tersedar kekalutan mereka. Jika kita merasa kita terhina dengan perlakuan dan permintaan dari upline2 maka saya rasa tidak perlulah kita melakukannya. Ya benar perniagaan ini adalah hak kita dan kita berhak untuk bebuat apa saja termasuk tidak melakukan apa apa. Tiada salahnya ini hak kita. Tidak dinafikan ramai yang bertindak agak pushy, bukan nak menyusahkan downline hanya sekadar menzahirkan komitmen mereka sebagai upline dan jika kita tidak suka maka apa yang perlu kita lakukan hanya zahirkan ketidakselesaan kita itu. Saya pasti mereka akan STOP sehingga mana-mana downline merasa perlu untuk berhubung semula dengan upline. Perlu diingat ramai juga yang marah-marah kerana upline langsung tidak ambil peduli. Mai saya kira beruntung tapi jika Mai merasa sebaliknya abaikan mereka. Vemma tidak memaksa hanya sekadar memberi galakan.

mai said...

Salam Sayed dan terima kasih atas nasihat Sayed. Ada kemuskilan berkaitan produk Vemma iaitu Diamond Pack (RM6156) dan Ultimate Builder Pack (RM5130). Vemma beri ranking Gold Leader kepada ahli yang membeli package Ultimate Builder, tetapi tidak ada ranking untuk pembeli Diamond Pack. Apa yang di beritahu oleh upline ialah dengan Diamond Pack dapat kelebihan berkaitan bonus. Oleh kerana terpancing dengan bonus-bonus yang di tawarkan, saya terus beli Diamond Pack dengan sangkaan dapatlah saya Diamond Leader, sekarang saya tidak tahu di mana ranking saya sebab masa pre-enrol hanya harap upline sahaja. Saya harap Sayed dapat menjelaskan kepada saya berkaitan 2 package di atas itu. Terima kasih.

Post a Comment