Seperti orang lain saya juga mempunyai IMPIAN untuk bebas dari kekangan kewangan dan masa. Sejauh manakah kita telah berjaya mencapai IMPIAN kita? Adakah kini kita telah bebas, atau masih menjadi ‘pekerja’? Adakah anda merasakan anda kini HEBAT atau ada kekecewaan di jiwa anda? Jika kecewa anda mesti berubah dan mencari kehebatan diri anda. Jika anda masih mencari-cari wadah untuk berjuang mencari KEHEBATAN anda, saya sarankan anda berhenti mencari kerana di VeMMA anda akan dibekalkan dengan produk hebat yang dihasilkan oleh sebuah syarikat yang begitu mantap dan berpengalaman. Pelan busines terbaik telah menghasilkan ramai jutawan di USA, malah di Malaysia kejayaan Nursalehin, Siti fadzilah dan Razrul menjadi tiga jutawan terawal ASIA. Apa yang diperlukan adalah keyakinan diri serta kekuatan ‘WHY’ serta IMPIAN untuk melakukan perubahan. Sudah hampir 20 tahun saya berkecimpung dalam dunia Minyak dan Gas tetapi saya masih mencari-cari kebebasan untuk mengatur masa dan kewangan saya. Dengan hanya tinggal kurang dari 7 tahun sebelum saya mencecah umur 50 tahun, saya berjanji yang saya perlu berubah kerana jika saya gagal melakukannya maka saya mungkin gagal memberikan yang terbaik untuk 10 ahli keluarga saya. Saya yakin kini hanya VeMMA yang dapat mengubah kehidupan saya. Saya tidak berkata yang semuanya akan menjadi mudah dengan VeMMA kerana saya juga pasti bahawa untuk berjaya hanya dengan pengorbanan, azam dan komitmen yang kuat saja yang akan dapat melebarkan peluang kejayaan saya di VeMMA. Di sini saya menyarankan agar saudara2-saudari2 pengunjung blog ini juga akan dapat melihat dan merasai apa yang saya maksudkan ini dan bertekad untuk sama-sama berjaya di VeMMA. Kejayaan tidak akan manis jika bersendirian.

Memulakan Langkah Perubahan

Tuan-Puan/Ibu/Bapak,

Perjuangan dalam membebaskan diri dari kemelut kewangan seringkali menjadi topik-topik perbincangan di mana-mana sahaja terutama bilamana akaun bank kita menyusut, kad kredit kita mengunung, bayaran kereta atau rumah tertangguh serta lain-lain. Namum berapa ramai di antara kita benar-benar mengambil langkah pertama dalam merubah keadaan tersebut? Majoriti di antara kita meneruskan kehidupan dengan tatahidup yang sama tetapi berharap serta berdoa agar sesuatu majik terjadi keesokan darinya. Kesinambungan dari itu kita sering hanyut dalam mimpi lantas senyum sendiri bila kita berkhayal menjadi millionaire dan memandu kerata mewah sambil melambai pada anak-anak gadis yang memandang sehingga bahu kita dicubit oleh isteri tersayang yang sudah tiga empat kali memanggil nama kita! Kita mungkin meneruskan khayalan di lain masa dengan menyambung suasana khayalan kita tadi di lain masa. Begitulah seterusnya. Tanpa sedar menjadi Mat Jenin kita! 

Ada di antara kita sangat komited untuk berubah tapi ramai di antara kita dibelenggu kegagalan lampau dan menjadikan kita orang yang was-was dalam mengambil tindakan seterusnya. Kita jadi paranooid dalam membuat keputusan dan dalam banyak kes kita menolak bulat-bulaty sebarang undangan atau pelawaan yang mempunyai persamaan dengan punca kegagalan kita yang lampau. Sikap terlampau berhati-hati kita kadang-kadang menyebabkan kita terlepas peluang yang sepatutnya kita terima atau berkesudahan mengambil keputusan yang agak lewat dari sepatutnya. Harap kita bukan tergolong dalam kelompok ini! 


Apa yang dicari? Umumnya sesuatu peluang itu mesti mempunyai nobel kriteria berikut;
  • Modal permulaan yang sangat rendah;
  • Produk yang terbaik dengan testimonial yang mantap;
  • Datangnya dari syarikat yang mantap, ternama dan dikenali;
  • Pulangan yang maha tinggi;
  • Tidak perlu melakukan apa-apa (hanya tunggu wang masuk di hujung minggu atau bulan)
  • Sistem dan struktur bisnes yang mantap dan mempunyai sistem urus-sendiri
  • Serta seribu satu mimpi yang lain....(teruslah bermimpi....)
Untuk membincangkan apa yang ditawarkan oleh kesemua peluang mungkin tidak mampu saya nyatakan satu per satu tetapi di Vemma kriteria-kriteria di bawah jelas ditawarkan;
  • Syarikat yang mantap dan berpengalaman setelah lebih 16 tahun ditubuhkan di Amerika Syarikat. Melahirkan ramai millionaire sehingga sekarang dengan dua orang datangnya dari Malaysia.
  • Produk yang mantap dan berkesan. Kajian klinikal serta testimonial tentang produk serta kesannya. Mendapat jolokan sebagai 'The world most powerful Liquid Antioxidant'. Dinyatakan dalam Physicians Reference.
  • Mempunyai sistem pulangan dan struktur bisnes yang jelas dan tidak terhad. Memberi pulangan yang tinggi kepada mereka-mereka yang komited dan berkerja keras
  • Mempunyai CEO yang begitu komited dengan kesihatan dan well-being kesemua ahli
  • Sistem mentor yang tidak terhad. Kesemua ahli mendapat perhatian serius dari kesemua upline kerana hanya kejayaan downline menjamin kejayaan upline
  • Peluang bisnes yang menjangkau lebih dari 50 negara di dunia
  • Pendaftaran bisnes yang percuma dan ada diberikan blog percuma untuk 'marketing'
  • Altenatif autoresponder yang mantap dari 'Vemmabuilder' sekiranya ahli ingin menjalankan bisnes ini secara 100% online
  • Tempoh kejayaan yang ditentukan oleh ahli
  • Penawaran pek bisness 'Diamond Health Pack' yang mantap yang memberikan peluang berjaya dan maju dalam bisnes ini dengan lebih cepat dan menguntungkan
Vemma menawarkan kesemua kriteria di atas untuk mereka-mereka yang benar-benar serius ingin menjalankan bisnes ini. Yang jelas Vemma tidak sesekali menjanjikan kesemua akan menjadi mudah dan tidak perlu melakukan apa-apa setelah mendaftar. Kegigihan serta komitmen yang tinggi diperlukan tetapi ini bukan bermakna anda perlu meninggalkan kerja anda serta mengabaikan keluarga untuk tujuan ini. Menjadi asas syarikat Vemma bahawa kepentingan keluarga adalah yang utama dan kejayaan di Vemma akan menjadi lebih manis dan bermakna jika keluarga menjadi asas perjuangan bisnes ini. Malah anda digalakkan berdaftar sebagai keluarga atau suami-isteri.
Dengan pelancaran pek Kesihatan Diamond yang baru dilancarkan oleh Vemma ke seluruh dunia, ianya telah menjadikan prospek perjuangan kebebasan kewangan kita menjadi lebih mudah dan berkesan. Tiada ruang bisness yang lain yang boleh menwarkan pulangan yang begitu baik dengan bermodalkan modal asas yang dalam linkungan kemampuan. Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana keputusan tuan-puan/ibu-bapak menjadi asas perubahan diri dan orang lain di kalangan kita.




Sayed Sani
SemetaHealth

0 comments:

Post a Comment