Seperti orang lain saya juga mempunyai IMPIAN untuk bebas dari kekangan kewangan dan masa. Sejauh manakah kita telah berjaya mencapai IMPIAN kita? Adakah kini kita telah bebas, atau masih menjadi ‘pekerja’? Adakah anda merasakan anda kini HEBAT atau ada kekecewaan di jiwa anda? Jika kecewa anda mesti berubah dan mencari kehebatan diri anda. Jika anda masih mencari-cari wadah untuk berjuang mencari KEHEBATAN anda, saya sarankan anda berhenti mencari kerana di VeMMA anda akan dibekalkan dengan produk hebat yang dihasilkan oleh sebuah syarikat yang begitu mantap dan berpengalaman. Pelan busines terbaik telah menghasilkan ramai jutawan di USA, malah di Malaysia kejayaan Nursalehin, Siti fadzilah dan Razrul menjadi tiga jutawan terawal ASIA. Apa yang diperlukan adalah keyakinan diri serta kekuatan ‘WHY’ serta IMPIAN untuk melakukan perubahan. Sudah hampir 20 tahun saya berkecimpung dalam dunia Minyak dan Gas tetapi saya masih mencari-cari kebebasan untuk mengatur masa dan kewangan saya. Dengan hanya tinggal kurang dari 7 tahun sebelum saya mencecah umur 50 tahun, saya berjanji yang saya perlu berubah kerana jika saya gagal melakukannya maka saya mungkin gagal memberikan yang terbaik untuk 10 ahli keluarga saya. Saya yakin kini hanya VeMMA yang dapat mengubah kehidupan saya. Saya tidak berkata yang semuanya akan menjadi mudah dengan VeMMA kerana saya juga pasti bahawa untuk berjaya hanya dengan pengorbanan, azam dan komitmen yang kuat saja yang akan dapat melebarkan peluang kejayaan saya di VeMMA. Di sini saya menyarankan agar saudara2-saudari2 pengunjung blog ini juga akan dapat melihat dan merasai apa yang saya maksudkan ini dan bertekad untuk sama-sama berjaya di VeMMA. Kejayaan tidak akan manis jika bersendirian.

Tanggal 27 January 2012

Tanggal 27hb Januari 2012 mencatat kejayaan yang amat bermakna bagi saya. Berkat sokongan teman-teman, leader-leader, mentor serta upline saya Platinum Junaidah Meor Hassan saya berjaya mencecah ranking Diamond di Vemma.

Keahlian saya di Vemma pada 19hb September 2011 sebenar-benarnya tanpa sebarang matlamat khusus, hanya sekadar mencari-mencari peluang lain. Pertemuan dengan Vemma melalui secara tidak terancang di FB menemukan saya dengan Platinum Junaidah yang pada ketika itu hanya seorang Silver Leader di Vemma. Bermula dengan phone call dari beliau setelah 15 minit mendaftar, saya menguatkan diri menghadiri satu majlis hari raya Vemma pada 24hb September di Jaya One. Satu majlis yang begitu asing bilamana saya hanya mengenali Platinum Junaidah. Bertidak 'cool' seolah-olah saya adalah dikalangan mereka dan saya juga dapat mengenali dari jauh beberapa leader hebat di Vemma. Deretan kereta2 mewah beberapa leader membuat hati terdetik, bagaimana mereka boleh berjaya?

Pertemuan dengan Platinum Junaidah pada malam itu tidak berakhir di situ bila Platinum Junaidah menawarkan peluang untuk menghadiri Menuju Puncak 2 di Nouvelle Hotel. Kelam kabut saya mencari tie dan blazer hitam. Tie orange isteri saya pergi beli pada malam sebelum event kat Jusco dan aku tak henti-henti telefon adik aku nak pinjam blazer, punya la panic.. Adik saya pulak yang response kata saya sendiri ada 4 helai blazer kat rumah di Putra Heights. Mak Aihhh...blazer saya sendiri boleh lupa ada ke tak disebabkan terlalu lama tidak menghadiri apa-apa majlis rasmi. Malam 30hb September 2011 saya berjanji pada isteri kedua dan anak-anak bahawa saya dengan rasminya akan berhenti merokok bermula 1hb October 2011 untuk berjaya di Vemma. Pagi 1hb October 2011 sebelum ke majlis Menuju Puncak 2, saya singgah di Putra Heights untuk mengambil blazer dan pada masa yang sama saya mengulangi janji berhenti merokok dan berjaya di Vemma di hadapan isteri pertama dan anak-anak.

Di Menuju Puncak 2, saya mengenali dari jauh...Siti Fazilah, Fazira, Basri, Rasyihah, Rosmawati, Dr Azizah, Roslina, Nasoha dan Mr Kenneth Koh. Sharing dari Kenneth Koh membulatkan lagi harapan saya untuk terus bersama Vemma. Di Menuju Puncak 2 melihatkan beberapa leader dipanggil kepentas kerana kejayaan mereka dan tidak ketinggalan Upline saya Platinum Junaidah yang pada ketika itu telah berjaya bergelar Gold Leader. Masih teringat sharing dari Platinum Rasyihah, Diamond Rosmawati dan Platinum Roslina tentang pengalaman, pengelibatan, cabaran dan kejayaan mereka di Vemma.

Sejak itu dengan bantuan teknikal dari Platinum Junaidah saya mula buat apa yang leader-leader buat, talk to people on vemma, advertising on line dan name card. Buat iklan di FB mencabar tetapi terimakasih kepada Platinum Junaidah kerana membantu. Dua minggu selepas Menuju Puncak 2 aku bersama-sama beberapa teman menghadiri New Member Orientation di HQ. Satu pengalaman training yang baru bagi kami2 yang dah tua ni. Menarik dan infomative. Sejak itu saya adakan satu corner di rumah untuk Vemma produk seperti saranan Master Johan. Bulan November saya hidupkan blog saya atas nama Semetahealth.blogspot.com untuk memudahkan promosi. Blog ringkas tu saya kira berjaya.

Saya mula bercakap dengan semua teman office dan beberapa dari mereka akhirnya menjadi downline saya. Sehingga kini beberapa teman telah menjadi ahli Vemma dan mereka juga mendapat kebaikan dari produk tersebut samaada secara terus dari mereka atau ke atas keluarga mereka. Satu kepuasan yang saya dapat sekurang-kurangnya dapat membantu teman dan rakan dengan kekuatan kualiti produk.

Pelancaran Diamond Health Pack banyak memudahkan saya membina rangkaian walaupun masih sangat kecil sekarang serta perlancaran UVEC pada 27hb November 2011 banyak memberi perangsang dan kekuatan kepada saya. Kejayaan leader2 pada akhir 2011  banyak membantu menaikkan semangat untuk terus maju ke depan dan lebih manis bilamana Platinum Junaidah pada ketika itu ditabalkan sebagai Diamond Leader. Bulan Januari 2012 memberi ruang terbaik untuk saya mendapatkan rangking sekurang-kurangnya Gold Leader. Berkat bantuan Upline dan teman-teman di rangkaian berserta strategi pembangunan Profit Leg saya akhirnya berjaya mendapat Gold Leader pada minggu ketiga bulan Januari dan hanya perlukan satu Diamond Pack member untuk menjadi Diamond Leander. Cabaran minggu keempat amat hebat bila 2 orang potensi Diamond member terpaksa tarik diri kerana masalah kewangan last minit dan masalah kontrak dengan company. Hampir buntu, tetapi akhirnya berkat dari BP di Johor Bahru, salah seorang dari prospek di program itu telah bersetuju pada hari pagi jumaat untuk menyertai Vemma. Akhirnya sebelum Jumaat pada 27hb Januari, saya secara rasmi mendapat Diamond member yang terakhir demi mencukupi kehendak untuk menjadi Diamond Leader. Lebih bermakna bila Upline saya bergelar Platinum Leader pada tarikh yang sama.

Terimakasih semua kerana membantu dan sokongan. Kepada kesemua downline saya, saya harap kita akan bersama-sama berjaya di Vemma.

Percayalah di hadapan kita hanya ada KEJAYAAN, jadi jangan hiraukan sangat igauan kegagalan di perjalanan kita! Bersama Menuju Puncak Kejayaan.


0 comments:

Post a Comment