Seperti orang lain saya juga mempunyai IMPIAN untuk bebas dari kekangan kewangan dan masa. Sejauh manakah kita telah berjaya mencapai IMPIAN kita? Adakah kini kita telah bebas, atau masih menjadi ‘pekerja’? Adakah anda merasakan anda kini HEBAT atau ada kekecewaan di jiwa anda? Jika kecewa anda mesti berubah dan mencari kehebatan diri anda. Jika anda masih mencari-cari wadah untuk berjuang mencari KEHEBATAN anda, saya sarankan anda berhenti mencari kerana di VeMMA anda akan dibekalkan dengan produk hebat yang dihasilkan oleh sebuah syarikat yang begitu mantap dan berpengalaman. Pelan busines terbaik telah menghasilkan ramai jutawan di USA, malah di Malaysia kejayaan Nursalehin, Siti fadzilah dan Razrul menjadi tiga jutawan terawal ASIA. Apa yang diperlukan adalah keyakinan diri serta kekuatan ‘WHY’ serta IMPIAN untuk melakukan perubahan. Sudah hampir 20 tahun saya berkecimpung dalam dunia Minyak dan Gas tetapi saya masih mencari-cari kebebasan untuk mengatur masa dan kewangan saya. Dengan hanya tinggal kurang dari 7 tahun sebelum saya mencecah umur 50 tahun, saya berjanji yang saya perlu berubah kerana jika saya gagal melakukannya maka saya mungkin gagal memberikan yang terbaik untuk 10 ahli keluarga saya. Saya yakin kini hanya VeMMA yang dapat mengubah kehidupan saya. Saya tidak berkata yang semuanya akan menjadi mudah dengan VeMMA kerana saya juga pasti bahawa untuk berjaya hanya dengan pengorbanan, azam dan komitmen yang kuat saja yang akan dapat melebarkan peluang kejayaan saya di VeMMA. Di sini saya menyarankan agar saudara2-saudari2 pengunjung blog ini juga akan dapat melihat dan merasai apa yang saya maksudkan ini dan bertekad untuk sama-sama berjaya di VeMMA. Kejayaan tidak akan manis jika bersendirian.

Sekitar Majlis UV Menuju Puncak 3

Bertempat di PKNS BizzPoint, Seksyen 7 Shah Alam, tarikh 4hb Februari, 2012 telah melakar satu lagi sejarah kejayaan Utimate Venture Group bilamana kemuncak majlis Menuju Puncak 3 yang bertemakan "We believe together to the top and nobody is left behind" telah berlangsung dengan jayanya. Terimakasih kepada kesemua ahli jawatankuasa majlis yang begitu komited demi menjayakan majlis ini. Segunung ucapan terimakasih juga dilafazkan kepada Presidential Puan Siti Fadzilah yang telah meluangkan masa beliau seharian untuk bersama-sama member-member Ultimate Venture Group di Shah Alam. Tidak dilupakan kepada kesemua member-member Ultimate Venture Group dari serata negara yang telah sanggup meluangkan masa masing-masing dari keluarga yang tersayang untuk bersama-sama menjayakan majlis ini. 

Tidak dilupakan jasa dan bantuan semua pihak yang sama-sama menjayakan majlis ini seperti DL Puan Zuraidah dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang membantu urusan backdrop, PKNS BizzPoint, Adik Jurugambar (akan saya dapatkan nama beliau kemudian) yang beraksi hebat melayan kerenah majlis dalam merakamkan kesemua detik-detik manis di majlis ini, kepada kesemua suami-suami dan isteri-isteri yang mengorbankan hak masa mereka dengan membenarkan isteri atau suami masing-masing menghadiri majlis ini, juga tidak ketinggalan jutaan terimakasih kepada pejabat Vemma di Jaya One, PJ yang telah membenarkan penggunaan bunting-bunting leaders dan produk.

Kehadiran Puan Siti Fadzilah serta kesemua leader-leader dari Ultimate Venture Group amat dibanggakan dan ini merupakan satu pengesahan kepada komitmen kesemua leaders untuk bersama-sama ahli Ultimate Venture Group dalam menjayakan perkongsian pembelajaran dan kejayaan. Adalah diharapkan komitmen ini akan membuka pandangan kesemua ahli bahawa leader-leader hebat yang kita akan terus memberi sokongan dan bantuan kepada kesemua ahli. Apa yang diperlukan sekarang adalah sedikit komitmen untuk berjaya di dalam diri ahli-ahli.

Berikut adalah sinopsis perkongsian oleh leader-leader;

DL Zuraidah: Memaparkan pengalaman beliau bagaimana pencarian untuk masalah kesihatan (sakit kepala yang terlampau) telah menemukan beliau dengan Vemma yang kini berjaya merawat penyakit beliau dan kini melihat Vemma boleh membawa beliau menuju kearah impian kebebasan sebenar.

DL Pak Wan: Pak Wan membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk berjaya di Vemma terutama dengan pengenalan Diamond Health Pack. Pak Wan juga menekankan kemestian menghadiri event-event Vemma adalah penting dalam mencorakkan kejayaan ahli-ahli Vemma. Untuk berjaya di Vemma seseorang mesti meletakkan keyakinan yang tinggi bahawa Diamond Health Pack boleh membantu dengan berkesan.

GL Dr. Suriati: Dr. Suriati, seorang pengamal perubatan akhirnya bertemu dan merasai kehebatan Vemma setelah dengan izin Allah beliau beransur pulih dari masalah kesihatan beliau iaitu Anaemia (Kekurangan darah); pendarahan kronik; sakit kepala; sakit saraf belakang; keletihan melampau; buasir; masalah tidur dan kekejangan. Bacaan Heamoglobin beliau kini normal.

PL Majidah: Perkongsian hebat oleh seorang guru ini begitu memukau kesemua ahli yang hadir. Beliau menekankan bagaimana hendak mengubah keyakinan dan personaliti lemah seseorang dan bangkit menjadi seorang yang hebat dan tidak gentar menghadari segala rintangan. Mengenal diri, kenapa kita begitu; melihat tahap usaha kita dan mengenal siapa musuh kita sebenarnya akan membawa keyakinan kepada kita untuk bagaimana kita perlu bangkit melawan setiap cabaran. Dari seorang guru yang begitu rendah diri dan tidak ingin membuka minda terhadap kekuatan sebenar diri, kini telah berubah dengan drastik menjadi insan yang begitu positif dan bersemangat setelah bersama-sama Vemma. Ingat!!! Vemma tidak pernah menjual produk suppliment yang boleh diminum untuk mengubah seseorang tapi kenapa ini boleh berlaku? Jadi FIKIRKANLAH samada kita ini sebenarnya menjual produk atau IMPIAN??!!! PL Majidah kini yakin 'She can fly" bagaimana dengan anda?

PL Junaidah: PL Junaidah berkongsi dengan semua yang hadir bagaimana kesibukan kerja harian tidak menghalang sesorang untuk berjaya di Vemma. Beliau juga menekankan kepentingan menghadiri event dalam menentukan kejayaan dan menyatakan dengan tegas bahawa beliau begitu komited untuk membantu ahli samada di dalam rangkaian atau di luar rangkaian beliau. Yang diperlukan adalah keinginan ahli untuk berjaya.

SP Fazira: Seorang lagi guru yang begitu komited dalam memastikan ahli di rangkaian berjaya. Beliau begitu pasti bahawa kerjasama kesemua ahli penting dalam melakarkan kejayaan samada untuk individu atau Group. Ini terbukti bilamana dalam keadaan beliau tidak 'enrol' sesiapa dalam masa yang begitu panjang beliau akhirnya masih berjaya bergelar Star Platinum Leader pada bulan Disember 2011 lalu. Kesemua adalah berkat dari kesungguhan dalam memastikan ahli di rangkaian berjaya kerana itulah asas pembinaan perniagaan Vemma di mana sesorang tidak akan berjaya dengan hanya berseorangan.

DL Roslila: DL Roslila berkongsi bagaimana kejaya yang mencecah hampir 15 tahun di sektor perbankan tidak berupaya untuk membolehkan beliau mencapai IMPIAN. Kepayahan kehidupan telah menyebabkan beliau memilih untuk berkerja seawal umur 18 tahun dan melupakan keinginan untuk melanjutkan pelajaran walaupun mendapat keputusan yang baik. Beliau jangka dengan memberi komitmen yang tinggi beliau akan diiktiraf oleh pihak pengurusan dan ternyata kepercayaan itu meleset sama sekali. Bosan dengan kerenah itu beliau mencari alternatif dan mencuba banyak MLM tapi semuanya gagal sehingga beliau bertemu Vemma. Di Vemma beliau boleh melihat dengan jelas IMPIAN beliau dan begitu yakin kejayaan adalah milik beliau.

DL Dr. Azizah: Perkongsian teknikal ini memberi penumpuan kepada khasiat dan kelebihan produk Vemma bermula dari Vemma Premix, Thirst dan akhirnya Bod-e. Perhatian diberikan kepada Bod-e kerana ianya adalah produk baru yang telah mendapat kelulusan HALAL dari InFANCA. Bod-e kini dipasarkan di US dan akan menemui pengguna Malaysia dalam masa yang terdekat. Bod-e adalah produk bongsu Vemma dan ianya memberi pengkhususan kepada teknik terbaik untuk pengurangan berat badan. Produk ini dijangka menjadi 'hit'.

GL Zarina Idris: Puan Zarina berkongsi dengan kesemua yang hadir bagaimana pengalaman mereka sekeluarga mencari suppliment alternative setelah kesemua ubatan moden gagal membantu tekanan darah beliau. Setelah 3 bulan bertemu dengan Vemma, kesihatan beliau berubah menjadi normal dan yang paling menakjubkan ibu beliau yang terlantar kini boleh berjalan dengan baik. Cinta mereka kini kepada Vemma sudah tidak berbelah bagi.

Perkongsian-perkongsian hebat di atas mencerminkan bahawa di Vemma seseorang sudah pasti berupaya mencapai IMPIAN masing-masing. Jadi kepada mereka-mereka yang masih sangsi atau belum meletakkan sebarang keyakinan, YAKINLAH bahawa Vemma berupaya membawa anda semua di landasan IMPIAN anda. Selamat berjaya. Jangan lagi kita menoleh kepada KEGAGALAN kerana dihadapan kita hanya ada KEJAYAAN!!

Berikut adalah beberapa photos sekitar majlis MP3;








The Members

Gold and Diamond Leaders

UV Leaders with Presidential Siti Fadzilah
With Bonda June, Nenda Azreen, Rose and Presidential Siti Fadzilah

Note: I will load more photos once received from the Photographer....

Sayed A. Sani
Semetahealth




0 comments:

Post a Comment