Seperti orang lain saya juga mempunyai IMPIAN untuk bebas dari kekangan kewangan dan masa. Sejauh manakah kita telah berjaya mencapai IMPIAN kita? Adakah kini kita telah bebas, atau masih menjadi ‘pekerja’? Adakah anda merasakan anda kini HEBAT atau ada kekecewaan di jiwa anda? Jika kecewa anda mesti berubah dan mencari kehebatan diri anda. Jika anda masih mencari-cari wadah untuk berjuang mencari KEHEBATAN anda, saya sarankan anda berhenti mencari kerana di VeMMA anda akan dibekalkan dengan produk hebat yang dihasilkan oleh sebuah syarikat yang begitu mantap dan berpengalaman. Pelan busines terbaik telah menghasilkan ramai jutawan di USA, malah di Malaysia kejayaan Nursalehin, Siti fadzilah dan Razrul menjadi tiga jutawan terawal ASIA. Apa yang diperlukan adalah keyakinan diri serta kekuatan ‘WHY’ serta IMPIAN untuk melakukan perubahan. Sudah hampir 20 tahun saya berkecimpung dalam dunia Minyak dan Gas tetapi saya masih mencari-cari kebebasan untuk mengatur masa dan kewangan saya. Dengan hanya tinggal kurang dari 7 tahun sebelum saya mencecah umur 50 tahun, saya berjanji yang saya perlu berubah kerana jika saya gagal melakukannya maka saya mungkin gagal memberikan yang terbaik untuk 10 ahli keluarga saya. Saya yakin kini hanya VeMMA yang dapat mengubah kehidupan saya. Saya tidak berkata yang semuanya akan menjadi mudah dengan VeMMA kerana saya juga pasti bahawa untuk berjaya hanya dengan pengorbanan, azam dan komitmen yang kuat saja yang akan dapat melebarkan peluang kejayaan saya di VeMMA. Di sini saya menyarankan agar saudara2-saudari2 pengunjung blog ini juga akan dapat melihat dan merasai apa yang saya maksudkan ini dan bertekad untuk sama-sama berjaya di VeMMA. Kejayaan tidak akan manis jika bersendirian.

MENUJU PUNCAK 3

Salam semua ahli-ahli Ultimate Venture,

Pada hari Sabtu, 4hb Februari, 2012 (8.00 pagi hingga 5.00 petang) bertempat PKNS BizzPoint, Seksyen 7 Shah Alam, UV Leaders akan menganjurkan satu majlis pertemuaan antara kesemua UV Leaders dan ahli UV Group. UV Leaders kini diperingkat akhir menyiapkan kesemua persediaan-persediaan bagi menjayakan majlis tersebut. Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana pertemuan ini akan menjadi hala tuju penting Group Ultimate Venture dalam menempuh tahun 2012.


Sila hubungi upline-upline anda bagi mendapatkan tiket-tiket penyertaan ke  majlis tersebut. Anda juga boleh 'post'kan niat penyertaan anda di dalam Ultimate Venture Group di FB. Pertemuan ini penting bagi memberi peluang kepada anda semua untuk bertemu dengan leader-leader di UV dan memilih diantara mereka sebagai mentor tambahan kepada upline anda dan pertemuan ini menjadi lebih penting jika anda kini sudah kehilangan upline anda atas apa jua sebab sekali pun.

Kesemua leader dan ahli Ultimate Venture Elite Club (UVEC) telah berikrar dan salah satu elemen dari ikrar tersebut adalah 'tiada siapa yang akan ditinggalkan!'. Ikrar ini menjadi nadi kepada komitmen kesemua leader terhadap kesemua ahli UV Group. Justeru itu kesemua leader-leader di UV Group amat berharap agar ahli-ahli UV Group juga komited untuk tidak akan ditinggalkan. 

Kejayaan ahli-ahli UV Group menjadi nadi kejayaan keseluruhan UV Group. 

Salam pertemuan kepada kesemua ahli-ahli UV Group. 

AYUH KITA GEGARKAN PKNS BIZZ POINT SHAH ALAM!!!! BERSAMA KITA BUKTIKAN UV GROUP ADALAH PENYUMBANG HEBAT KEJAYAAN VEMMA DI MALAYSIA!!!

"Jangan kita peduli kepada KEGAGALAN, kerana dihadapan kita hanya ada KEJAYAAN"

Sayed A Sani
Semetahealth

0 comments:

Post a Comment