Seperti orang lain saya juga mempunyai IMPIAN untuk bebas dari kekangan kewangan dan masa. Sejauh manakah kita telah berjaya mencapai IMPIAN kita? Adakah kini kita telah bebas, atau masih menjadi ‘pekerja’? Adakah anda merasakan anda kini HEBAT atau ada kekecewaan di jiwa anda? Jika kecewa anda mesti berubah dan mencari kehebatan diri anda. Jika anda masih mencari-cari wadah untuk berjuang mencari KEHEBATAN anda, saya sarankan anda berhenti mencari kerana di VeMMA anda akan dibekalkan dengan produk hebat yang dihasilkan oleh sebuah syarikat yang begitu mantap dan berpengalaman. Pelan busines terbaik telah menghasilkan ramai jutawan di USA, malah di Malaysia kejayaan Nursalehin, Siti fadzilah dan Razrul menjadi tiga jutawan terawal ASIA. Apa yang diperlukan adalah keyakinan diri serta kekuatan ‘WHY’ serta IMPIAN untuk melakukan perubahan. Sudah hampir 20 tahun saya berkecimpung dalam dunia Minyak dan Gas tetapi saya masih mencari-cari kebebasan untuk mengatur masa dan kewangan saya. Dengan hanya tinggal kurang dari 7 tahun sebelum saya mencecah umur 50 tahun, saya berjanji yang saya perlu berubah kerana jika saya gagal melakukannya maka saya mungkin gagal memberikan yang terbaik untuk 10 ahli keluarga saya. Saya yakin kini hanya VeMMA yang dapat mengubah kehidupan saya. Saya tidak berkata yang semuanya akan menjadi mudah dengan VeMMA kerana saya juga pasti bahawa untuk berjaya hanya dengan pengorbanan, azam dan komitmen yang kuat saja yang akan dapat melebarkan peluang kejayaan saya di VeMMA. Di sini saya menyarankan agar saudara2-saudari2 pengunjung blog ini juga akan dapat melihat dan merasai apa yang saya maksudkan ini dan bertekad untuk sama-sama berjaya di VeMMA. Kejayaan tidak akan manis jika bersendirian.

Intipati Pertemuan UV Team Elit Hari Ini - 8-1-2012

Seperti hati Ahad sebelum ini, program UV Elite Team ini disertai oleh lebih kurang 25 orang termasuk leader-leader UV Team seperti SP Fazira, PL Rasihah, PL Roslila, PL Roslina, DL June, DL Muslimah serta lain-lain leader. Majlis bermula dengan kata-kata aluan dari Pl Roslila yang bertindah sebagai MC hari ini.

Penerangan lengkap program UV Elite Team  disampaikan oleh SP Fazira dengan begitu bersemangat yang merangkumi kesemua aspek termasuk penerangan tentang produk, syarikat, networking, impian, kenapa bersama Vemma, Apa itu Diamond Pek, Kenapa Diamond Pek, serta 7 months master plan. Beliau juga berkongsi pengalaman mengguna produk Thirst semasa memandu dari KL ke Penang. Beliau sebenarnya dilarang sama sekali memandu pada jarak jauh oleh suami beliau kerana beliau mudah penat.

Program diteruskan dengan sesi testimonal dari seorang pengguna (kakak kepada Cahaya Diana) yang begitu yakin dengan produk Vemma dimana beliau telah mengatasi masalah ketidaktentuan haid beliau dan masalah Astma beliau. 

Sesi testimonial diteruskan dengan cerita tekanan-tekanan dalam bisness butik dan kejayaan beliau di Vemma oleh seorang ibu tunggal yang mempunyai 5 anak iaitu PL Roslina. Beliau baru saja dinobatkan sebagai Platinum Leader. Beliau bercerita bagaimana seorang yang buta IT dapat berjaya di Vemma. Kata-kata akhir beliau yang perlu dipegang oleh semua ahli UV Team adalah 'Jangan ada sifat kesian dalam menjayakan Vemma', 'Mesti ada Keyakinan Diri' dan 'Teruskan Semangat Team Work'. Beliau dengan rela menawarkan bantuan kepada sesiapa saja di UV Team yang menpunyai prospek di Melaka walaupun bukan berada dalam rangkaian yang sama.

Sesuatu yang agak berlainan dari sesi penerangan sebelum ini dalam sesi prospecting dan closing apabila ianya telah diselitkan dengan sesi bagaimana hendak meleraikan masalah 'Mental Block' oleh PL Rashihah. 

Quote yang penting serta perlu diingati oleh semua ahli;

"For things to change,....I must change first!"

3 steps penting dalam menangani 'mental block' adalah;
  • Menyedari tentang adanya tentangan dalam diri (Awareness in inner resistance)
  • Tahu situasi terkini dan kenalpasti kemana arah tujuan (Understand & Acknowledge goal)
  • Buang Pemikiran Lama dan tanam Kefahaman Baru (Disassociate and recondition)
Kenali perasangka yang sering ada dalam diri bila ingin mengenalkan 'Diamond Pek' kepada prospek. Berikut adalah beberapa perasangka yang ada tapi sering dinafikan oleh seseorang member;
  • Malu dan tidak yakin pada diri
  • Tidak yakin dalam menerangkan Diamond Pek
  • Takut kena reject
  • Kesian kepada prospek walaupun belum mengenali prospek
  • Sering membuat keputusan awal bagi pihak prospek walaupun walaupun belum bermula memberi penerangan
  • Pek ini mahal terpahat dalam diri
  • Serta lain-lain 'mental block'...
PL Rashihah membawa kesemua ahli melakukan pengistiharan positive yang mempunyai elemen-elemen berikut;
  • Kami adalah positive member dan partner!
  • Kami yakin boleh dapatkan Diamond member!
  • Kami layak menerima bonus hebat!
  • Kami adalah 'coach' hebat!
  • Kami percaya dengan Diamond Pek dan pasti ianya boleh berjaya!
Program diteruskan dengan ikrar UV Elite Team oleh semua yang hadir.




Sesi bergambar menutup sesi utama untuk hari ini. Sesi sebelah petang diwajibkan kepada ahli UV Elite yang baru. 


Nota: Sesi khas UV Elite Team akan diadakan kepada 4hb Februari, 2012. Sesi ini terhad kepada 200 orang ahli yang mendaftar awal yang akan diadakan di PKNS Bizz Point Shah Alam.

1 comments:

CintaFazira said...

Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Menuju Puncak 3 pada 4 Feb 2012 utk perkongsian ilmu dan pengalaman agar matlamat untuk sama2 ke puncak tercapai.

Post a Comment