Seperti orang lain saya juga mempunyai IMPIAN untuk bebas dari kekangan kewangan dan masa. Sejauh manakah kita telah berjaya mencapai IMPIAN kita? Adakah kini kita telah bebas, atau masih menjadi ‘pekerja’? Adakah anda merasakan anda kini HEBAT atau ada kekecewaan di jiwa anda? Jika kecewa anda mesti berubah dan mencari kehebatan diri anda. Jika anda masih mencari-cari wadah untuk berjuang mencari KEHEBATAN anda, saya sarankan anda berhenti mencari kerana di VeMMA anda akan dibekalkan dengan produk hebat yang dihasilkan oleh sebuah syarikat yang begitu mantap dan berpengalaman. Pelan busines terbaik telah menghasilkan ramai jutawan di USA, malah di Malaysia kejayaan Nursalehin, Siti fadzilah dan Razrul menjadi tiga jutawan terawal ASIA. Apa yang diperlukan adalah keyakinan diri serta kekuatan ‘WHY’ serta IMPIAN untuk melakukan perubahan. Sudah hampir 20 tahun saya berkecimpung dalam dunia Minyak dan Gas tetapi saya masih mencari-cari kebebasan untuk mengatur masa dan kewangan saya. Dengan hanya tinggal kurang dari 7 tahun sebelum saya mencecah umur 50 tahun, saya berjanji yang saya perlu berubah kerana jika saya gagal melakukannya maka saya mungkin gagal memberikan yang terbaik untuk 10 ahli keluarga saya. Saya yakin kini hanya VeMMA yang dapat mengubah kehidupan saya. Saya tidak berkata yang semuanya akan menjadi mudah dengan VeMMA kerana saya juga pasti bahawa untuk berjaya hanya dengan pengorbanan, azam dan komitmen yang kuat saja yang akan dapat melebarkan peluang kejayaan saya di VeMMA. Di sini saya menyarankan agar saudara2-saudari2 pengunjung blog ini juga akan dapat melihat dan merasai apa yang saya maksudkan ini dan bertekad untuk sama-sama berjaya di VeMMA. Kejayaan tidak akan manis jika bersendirian.

Intipati Ucapan Tom Alkazin di VFT ke 15 on April 7 2012

Lazimnya semua inginkan melakukan yang terbaik secara fizikal dan dari sudut kewangan. Bersama-sama Vemma Malaysia setiap dari anda sebenarnya sudah berada di dalam masa dan tempat yang sangat tepat. Asia sudah pasti akan menjadi pasaran Vemma yang terbesar di dunia. Dengan pembukaan Vemma Hong Kong ini akan membuka pintu pasaran yang begitu besar ke China di mana setiap dari Brand Partner (BP) seharusnya mencari ruang untuk mengambil peluang tersebut.

Di Vemma, menjadi satu keutamaan bagi setiap BP untuk mengamalkan 'Relationship Marketing'. Setiap dari BP sudah pasti berusaha untuk menjadi lebih baik dan juga terus membantu orang lain untuk menjadi lebih baik. Persoalannya apa yang perlu kita lakukan bila kita rekrut BP yang baru? Serta apa yang perlu kita lakukan dalam mencari rekrut yang baru? Kedua-dua persoalan di atas terjawab dengan mengamalkan 'Relationship Marketing'. Relationship Marketing membina Kepercayaan! Kepercayaan orang yang kita cuba rekrut dan kepercayaan diri BP itu sendiri dalam melakukan apa yang mereka lakukan. Bagaimana mungkin seseorang BP boleh melakukan sesuatu tindakan jika dia sendiri tidak percaya yang dia berupaya melakukannya? Dalam Relationship Marketing, apa yang diinginkan oleh bakal BP adalah keutamaan bukan apa yang seseorang BP itu inginkan! Justeru itu fokus mestilah menjurus kepada bakal BP! Dalam erti kata lain 'Kehendak Bakal BP adalah nadi kepada Relationship Marketing'. Dalam membina Relationship Marketing, anda sebenarnya juga membina kepercayaan anda untuk percaya yang anda akan membantu bakal BP anda.

Kepercayaan yang terhasil dalam diri anda dan bakal BP anda akan mencetuskan KEYAKINAN dalam diri terhadap masing-masing. Anda menjadi yakin untuk membantu dan bakal BP anda menjadi yakin yang ada ikhlas memberi bantuan. Proses ini menjalinkan suasana menyakini antara satu sama lain. Bibit-bibit kepercayaan dan keyakinan antara satu sama lain akan membina perhubungan yang kukuh di antara BP dan bakal BP yang sebelum ini mungkin tidak mengenali antara satu sama lain. Hubungan yang berlandaskan kepercayaan dan keyakinan antara satu sama lain akan secara langsung mencetuskan tindakan-tindakan yang perlu dalam membina struktur bisness ini. Kegagalan kita mengenalpasti apa bakal BP perlukan akan mengagalkan kepercayaan dan ini tidak akan dapat mencetuskan sebarang tindakan positif. Hanya dengan kepercayaan, kita akan dapat melakukan apa saja dengan fikiran yang tenang. Bilamana anda percaya dan yakin anda akan berjaya walaupun dari mana anda bermula

Percaya kepada IMPIAN besar anda kerana ini akan menjadi satu perjalanan yang kepercayaan yang hakiki.  Dalam menjalani perjalanan ini, menjadi keutamaan memberi keutamaa dan penelitian kepada apa yang akan anda lakukan bukan sentiasa melihat apa yang telah berlalu. Biarkan yang lepas-lepas yang telah berlaku kerana sejarah tidak berupaya mengubah masa depan. Hanya tindakan kita sekarang penting! Dalam mengisi perjalanan kita perlu manjadikan komunikasi berterusan dengan BP, event, Business Preview, dan segala tools yang disediakan oleh Vemma serta tunjuk ajar leaders sebagai pedoman. Setiap kejayaan kecil menjadi pendorong penting penambah kerpercayaan kepada usaha dan tindakan kita. Kita perlu terus melakukan kejayaan kejayaan kecil ini berulang-ulang tanpa putus asa. Kita jangan sesekali mereka cerita tentang apa saja dalam Vemma.

Antara halangan utama adalah bakal BP reject kita dan BP kita berputus asa. Anda kan berjaya jika anda percaya yang anda boleh melakukannya. Jika IMPIAN anda begitu besar dan anda mempercayainya tanpa berbelah bagi maka yang lain tidak lagi penting.

Vemma adalah sesuatu yang anda boleh lakukan!

Tom Alkazin
Star Royal Ambassador

0 comments:

Post a Comment