Dari pengamatan dan perbincangan dengan leader-leader serta motivator saya senaraikan 3 masalah kita ketika dalam 'propecting';
- Mendefinasi '3-foot Rule': Dalam kekalutan kita mencari prospek secara online ramai di antara kita lupa kepada kekuatan "3-foot rule" dalam mencari prospek. Ramai menjurus memberi penerangan bahawa prospek dari "3-foot rule" hanya terdiri dari kenalan atau sahabat sahaja dan ini menyebabkan ramai bakal prospek kita akhirnya berlalu begitu sahaja di hadapan kita tanpa sempat kita melakukan sebarang prospecting. Satu kehilangan bukan?
- Kekalutan Mengejar 'Cold Market': Seringkali bilamana kita menyertai mana-mana business networking kita selalunya tersasar melihat perkataan networking itu sebagai online networking. Justeru itu tanpa berlengah kita meletakkan segala daya dan usaha untuk melakukan online networking. Tidak dinafikan lebih banyak duit dilaburkan mungkin lebih banyak prospek yang anda dapat tetapi dalam kekalutan ini kita sering saja merasa seronok bila mendapat listing prospek baru tetapi gagal untuk mengisi prospecting tu. Apa yang terjadi kita hanya biarkan senarai itu bertimbun-timbun tanpa sebarang tindakan dan akhirnya kita masih gagal mendapat sebarang partner baru.
- Kita Bertindak seperti Menjual Produk: Saya tidak maksudkan anda menjual produk Vemma Premix, Thirst atau Bod-e tetapi apa yang saya maksudkan adalah kita menjalankan business ini seperti menjual barangan di outlet-oulet di pasaraya yang besar dengan hanya memulakan perbicaraan perniagaan setelah bakal pengguna menunjukkan minat terhadap perniagaan kita dan kerana ini kita hanya menjurus kepada mereka yang 'membelek-belek' produk kita dan kita hilang peluang kepada bakal-bakal prospek yang lalu dihadapan busines kita.

Justeru itu jika kita dapat melakukan tindakan-tindakan berikut, maka peluang prospecting kita akan lebih berkembang dan kita mempunyai kapsiti peluang yang lebih besar untuk mendapat brand partner yang baru. 20% yang mempunyai 100 prospek adalah lebih baik dari 20% yang mempunyai 2 orang prospek, bukan?
- To the very basic; pastikan kesemua kita ada name card; Sudut Vemma di rumah
- Kita definasikan kesemua mereka yang menghampiri kita untuk tujuan apa sekalipun, tidak kira samaada kita kenal atau tidak adalah mereka-mereka yang tergolong dalam "3-foot rule" kita. Jika kita merasa tidak selesa, maka apa yang kita perlu lakukan adalah 'make friend' tetapi kena ingat tidak semua boleh kita masukkan sebagai rakan kerana keadaan tertentu. Jadi semua yang menghampiri kita kita jadikan mereka 'Hot Market' kita. Hot bukan kerana mereka keluarga atau rakan rapat tetapi mereka-mereka yang perlu kita bertindak pantas/cepat kerana sesetengah dari mereka mungkin kita akan bertemu hanya sekali.
- Isikan 'Cold Market' search dengan 'Hot Market' approach secepat mungkin. Telefon, add friend di FB dan bertemu boleh membantu. Secepat mungkin ubah mereka dari 'Cold Market' menjadi "3-foot Rule" prospek.
- Jadikan kesemua busines dan non-busines deal adalah prospecting. Ini kerana jika mereka yang menjalankan apa-apa perniagaan dengan kita maka mereka adalah terdiri daripada individu-individu yang sedang mengejar IMPIAN seperti kita. Kita sering mendengar cerita jiran rakan kita menjadi brand partner dengan member yang lain dan bukan dengan rakan kita akan tetapi kita sendiri tidak pernah melakukan apa-apa selain hanya seronok bercerita mengenainya. Berapa ramai yang masih memandang sebelah mata bila salesperson datang kemeja kita ketika kita makan, bukankah itu prospek? Berapa ramai yang bercerita dengan kesemua rakan office? Berapa ramai yang menyelitkan busines deal dengan promoting Vemma di setiap dealing?
- Jadikan mereka-mereka yang mendatangi kita untuk tujuan lain, tetapi ahkirnya pulang dengan persoalan tentang busines kita dihujung perbincangan asal.
- Jadikan semua tindakan kita adalah tindakan KREATIF Vemma. Perkataan kreatif di sini penting untuk memastikan kita tidak dibenci lantaran tindakan kita yang keterlaluan menjaja Vemma.
Sayed A. Sani
Sementahealth
0 comments:
Post a Comment